Pengorbanan

Pagi tadi masa on the way pegi kerja, mama nampak banyak lembu kat padang tak jauh dari rumah. Lembu-lembu tu ditambat dan dibiarkan makan rumput. Ada banyak kanopi dipasang. Semuanya untuk persiapan menjelang Hari Raya Qurban esok. Mama tunjuk kat Fahiem dan Nuha,” tengok kat sana, ada banyak lembu.” Fahiem seronok tengok lembu. Nuha pun jerit-jerit tengok lembu2 tu. Fahiem tanya mama kenapa banyak lembu kat situ. Mama kata lembu tu nak kena sembelih esok. Fahiem tanya lagi, kenapa kena sembelih lembu. ┬áMama kata sebab esok hari raya Qurban. Fahiem tanya lagi nape korban? Mama terdiam. Macam mana nak jawab bagi Fahiem faham.
Akhirnya mama kata, mama pun korban untuk Fahiem dengan Nuha. Mama korban tak keje akauntan macam ayah. Nanti mama senang nak hantar fahiem pegi sekolah, senang nak pegi tengok Fahiem kalau Fahiem sakit kat sekolah. Mama tanya Fahiem faham ke mama cakap. Dia angguk kepala.
Walaupun mama rasa Fahiem sebenarnya masih kecil nak faham erti pengorbanan, tapi mama dah cuba sedaya upaya untuk beri idea kat Fahiem tentang mengapa manusia perlu berkorban. Mama harap anggukan Fahiem bukan sekadar anggukan biasa, tetapi dapat “absorb” ilmu yang mama telah ajarkan padanya hari ini.
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua….

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *