Entry campur2 (??)

Hahahahh…tak ada idea nak letak tajuk entry kali ni. Disebabkan dah lama tak update blog, pastu dah kena “warning” dengan Auntie E-na, jadi mama pun letak le tajuk tu entry campur2 sbb ada beberapa citer yang nak di update (Ni sume farmville punya pasal! ekekekekekk)

1. Jalan2 @ Zoo Taiping
Kami pergi Zoo Taiping masa cuti Maulidur Rasul. Tujuan utama pergi sebab nak kenalkan Fahiem ngan Nuha dengan sahabat-sahabat selain daripada manusia. Aha! Binatang la tu namanya. Tiket masuk dapat diskaun lagi sebab ayah anak tempatan Taiping. Untung juga.

Seronok kemain lagi Fahiem dan Nuha dapat tengok binatang. Kami naik tren pusing satu zoo sambil diperkenalkan kepada pelbagai jenis haiwan oleh pemandu tren. Kali ni Fahiem dapat menyaksikan dengan “real” nya kuda, gajah, zirafah, buaya dan lain-lain haiwan. Sebelum ni hanya tengok gambar dan kat farmville mama juga…Haahhahaha


Kami dah terlepas untuk menyaksikan show pada hari tersebut sebab kami sampai agak lewat. Kalau tidak pasti lagi seronok.

2. Cuaca panas

Sekarang cuaca panas. Suhu hari ni 34 darjah. Bila panas, ruam pun naik kat badan Nuha. Penuh ruam kat bawah leher dan badan. Badan pula sentiasa berpeluh. Kesian betul. Tengok gambar ni, Nuha meragam sebab badan tak selesa.


3. Gunting rambut

Sebelum ni mama penah letak satu entry pasal Fahiem pergi gunting rambut. Masa tu menangis sebab takut ngan atuk cina tukang gunting tu. Lama kelamaan bila dah kerap bawa Fahiem ke kedai gunting, Fahiem dah berani dan kini dia dah pandai bawa diri kat “salun”. Lagi-lagi kalau dah siap gunting kena urut plak tu. Lagi dia suka. Gambar kat bawah ni diambil masa gunting rambut 2 minggu lepas kat Salak Tinggi.

4. Gambar untuk carta organisasi

Minggu lepas cikgu pebret Nuha, Cikgu Faizah sms mama, minta bawa gambar Nuha. Kata Cikgu Faezah gambar Nuha tu untuk diletakkan dalam carta organisasi nurseri. Jadi mama pun snaplah gambar kat atas ni. Ok tak agaknya utk letak kat carta tu? Hahhah…ok la kan (mama jawab sendirila pasal tak pandai pun amik gambar).

2 comments

  1. ha haaaaa akak juga yg kena!!!:-p

    lama betul menunggu my sifu blog, akhirnya muncul juga…

    ciannya nuha…dah baik dah?

    best kn bw anak2 g jln2 zoo..

    pssstt : jgn lupa ambik AWARD ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *