Sakit Mata

Lama tak meng”update” blog. Dah bersawang. Apa nak cite kali ni? Kali ni nak cite pasal kami anak beranak kena sakit mata (Conjunctivitis). Mula2 Nuha yang kena. Mungkin berjangkit kat nurseri. Selepas 3 hari mama dgn Fahiem plak kena. Berjangkit. Mata rasa pedih, gatal, berair dan kadangkala rasa macam senak. Nampaknya kami tak boleh pergi mana2. Kena kuarantin kat rumah. Kalau tidak, pasti berjangkit kpd org lain. Sehingga blog ini ditulis, mata kami masih belum sihat. Oh ya, disini mama nak kongsikan sedikit info berkenaan (Conjunctivitis). Info ni mama dapat dari http://www.infosihat.gov.my/.

Conjunctivitis

Apakah maksud radang selaput mata (conjunctivitis)?
Selaput mata (conjunctiva) ialah selaput lutsinar yang melitupi mata putih dan kelopak mata.
Radang selaput mata (conjunctivitis) ialah selaput mata yang sakit atau merah. Ia adalah penyakit yang kerap terjadi dan disebabkan oleh kuman (bacteria atau virus) atau alahan.

Tanda-tanda dan gejala
Ini adalah bergantung kepada sebab-sebab radang selaput mata.
Radang selaput mata yang disebabkan oleh bakteria:
• Mata merah
• Discaj Pekat (thick discharge)
• Kelopak mata melekat
• Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain
• Selalunya berlarutan selama seminggu

Radang selaput mata yang disebabkan oleh virus:
• Mata merah
• Discaj cair (slight watery discharge)
• Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain
• Boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih

Radang selaput mata yang disebabkan oleh alahan:
• Mata merah
• Gatal mata, kadangkala gatal hidung jika melibatkan resdung (allergic rhinitis)
• Mata berair dan pedih
• Mata sentiasa berair
• Kedua belah mata sakit pada masa yang sama
• Boleh berlanjutan buat masa yang lama

Apakah rawatan penyakit ini?
Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab penyakit ini dan mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Radang selaput mata disebabkan oleh bakteria:
• Antibiotik digunakan dalam bentuk ubat titis mata dan “ointment” secara lebih kerap.
• Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu

Radang selaput mata disebabkan oleh virus:
• Tidak memerlukan rawatan yang khas
• Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu

Radang selaput mata disebabkan oleh alahan:
• Ia mungkin keadaan yang kronik
• Memerlukan ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal

Cara-cara lain :
• Cuci atau lap mata dengan air suam, samada air biasa atau air yang telah dilarutkan
dengan sedikit garam
• Elakkan kanta lekap sehingga tanda-tanda penyakit ini hilang

Cara-cara mengelakkan jangkitan
Radang yang disebabkan oleh bakteria atau virus boleh berjangkit dengan mudah.
Langkahlangkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan:
• Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti
• Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata
• Elakkan tempat yang sesak atau menghantar anak ke sekolah / pusat penjagaan kanakkanak
selagi mata anak anda masih merah atau berair
• Jangan berkongsi tuala muka / kosmetik / ubat titis mata
• Buang semua ubat titis mata setelah anak anda sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *