Corat-coret Aidilfitri

Dah lama tak post entry. Hari ni baru ada masa. Hari ni dah masuk 6 Syawal. Ayah dah mula bekerja semalam. Ayah tak boleh ambil cuti tahun ni. Mama plak cuti sampai minggu depan sebab nurseri masih tutup. Walaupun hanya dapat beraya di kampung sekejap tapi tetap dapat merasa keseronokan dan kemeriahannya. Raya pertama kami beraya di Bentong.

Fahiem dan Nuha seronok je dapat beraya dengan sepupu-sepupu yang seramai 30 orang tu. Riuh rendah rumah atuk jadinya. Tapi kami tak dapat nak bergambar satu keluarga sebab biasalah kan Fahiem ngan Nuha yang tak duduk diam tu. Semua gambar jadi tak elok. Tengoklah gambar2 ni.

Raya kedua kami bertolak ke Perak. Singgah kat Ipoh beraya rumah Tok Ngah. Sempat juga celebrate besday Along kat rumah Tok Ngah, tapi kami tak ambil gambar. Lepas tu, pergi ziarah kubur arwah Tok Wan dan Mak Tok Ayah. Mama duduk dalam kereta je sebab Nuha tidur.
Habis ziarah kubur terus ke Teluk Intan, rumah Tok Chik. Lepas tu terus balik ke Trong.
Raya ketiga tak pergi mana-mana. Jadi Fahiem pergi mandi sungai dengan sepupu2nya. Seronok dia dapat mandi sungai.

Sepatutnya kami pulang ke Putrajaya petang tu. Tapi tak jadi sebab Mama kena berurut malam tu. Terjadinya satu tragedi di tengahari raya ketiga tu. Mama jatuh teduduk atas dulang yang penuh berisi cawan. Kuasa Allah, semua cawan terpelanting keluar dulang. Alhamdulillah mama tak terduduk atas kaca. Tu yang mama sakit2 badan dan kena berurut juga malam tu. Terpaksalah Ayah ambil EL hari Rabu. Rabu petang baru bertolak ke Putrajaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *