Kursus

Sejak mama kata nak pergi kursus kat Fahiem, hari-hari mesti dia sebut perkataan ni.

Ini antara ayat-ayat yang keluar dari mulutnya (dalam beberapa situasi).

Situasi 1

Sebelum ayah hantar mama ke Behrang untuk berkursus, kami pergi beli susu untuk Nuha. Kami singgah kat kedai kat Presint 9. Fahiem tanya mama ” Mama, itu ke kursus?” sambil menunjukkan tangan ke arah kedai runcit.

Situasi 2

Masa mama berkursus, Fahiem pergi rumah Ibu. Kebetulan masa Fahiem kat rumah Ibu, Abah pergi meeting. Fahiem tengok abah tiada lalu berkata “Mama Fahiem pergi kursus, Abah pun takde, Abah pun pergi kursus”

Situasi 3
Kadang-kadang Fahiem suka cakap merapu. Dia cakap, “Mama, Kursus tu angin”.

Walau apa pun tafsiran yang Fahiem buat, Fahiem telah pun menambah satu lagi vocab dalam kotak mindanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *