Tinggal dengan ayah ok????

Esok mama akan pergi kursus 3 hari 2 malam di Behrang, Perak. Kali pertama akan tinggalkan Nuha. Bagi Fahiem dah ada pengalaman tanpa mama disisi. Imbas kembali masa Fahiem berumur 10 bulan, mama pergi kursus induksi. 3 minggu Fahiem kena tinggal kat kampung. Pastu pernah juga la mama pergi kursus2 dan outstation dlm 2 hingga 3 hari. Fahiem kiranya dah lali la. Camner plak ngan Nuha agaknya? Lagi-lagi Nuha menyusu badan. Tapi sejak minggu lepas mama dah beritahu kat Nuha mama nak pergi kursus. Mama cakap Nuha kena tinggal dengan ayah. Entahla Nuha faham ke tidak. Mama dah cuba gunakan teknik minda separuh sedar, bisikkan ke telinga Nuha agar behave masa mama tiada. Begitu juga kepada Fahiem. Mudah2an ok semuanya semasa mama tiada.

Doakan mama juga ye sayang??? Doakan yang baik-baik untuk mama. Kepada ayah, juga pengalaman pertama menjaga Nuha tanpa mama di sisi. Mama percaya ayah boleh lakukannya. Macam yang Fahiem selalu sebut….SAYA BOLEH LAKUKANNYA………(kapten boleh, astro ceria)..hehhehehheh…

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *