Mama memang hebat!!!!!!!!!!!


Fahiem ni memang suka bercakap. Asal bangun tidur sampailah dah hampir nak tidur, mesti dengar suara dia. Kalau satu hari tak dengar suara Fahiem memang tak sah. Ada-ada saja perkara yang Fahiem nak cakap.

Satu hari Fahiem minta mama buatkan susu. Bila susu dah siap mama panggil Fahiem ke dapur untuk ambil susu. Fahiem ambil susu dan terus lari ke ruang tamu sambil berkata “Mama memang hebat!!!!!!” Terdiam mama. Kenapa Fahiem cakap mama camtu? Apa yang hebat? Sebab buat susu je ke mama dianggap hebat? Kelakar rasanya. Mama cuba mencari dari mana Fahiem dengar ayat tu. Hmmm..rupa-rupanya dalam citer katun Jim Jam & Sunny kat Astro Ceria. Dalam citer tu Jim Jam berkata kepada Sunny “Awak memang hebat”….Jadi untuk mama Fahiem tukarkan perkataan Awak kepada mama.

Ada lagi ayat-ayat yang mama tak sangka boleh terkeluar dari mulut Fahiem. Fahiem penah cakap “Ayah, bacalah doa buka tv. Penah juga dia cakap Ayah, bacalah doa masuk terowong (sebab masa tu lalu bawah flyover yg di anggap terowong).
Macam-macam Fahiem ni. Sentiasa buat suasana kat rumah jadi ceria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *