Pokok Pelam Nuha


5 hari sebelum Mama lahirkan Nuha, ayah beli anak pokok pelam kat pasar tani. RM10 je sepokok. Pastu Mak Tok ngan Tok Wan tolong tanamkan. Ayah takde skill menanam pokok. So kena le sub kan dekat orang lain. Hari ni umur Nuha hampir 10 bulan. Bermakna usia pokok ni sebaya dengan Nuha. Kalau Nuha dah pandai berdiri, bagaimana pula dengan pokok pelam ni? Ha….tengokla gambar ni…pokok dah berbuah…Sebenarnya pokok ni renek je. Macam tak percaya je boleh keluarkan buah. Ada 2 biji tapi sebiji dah gugur.
Minggu lepas Mak Tok datang rumah. Dia nampak buah pelam tu. So dia ingatkan ayah untuk balut buah tu. Tujuannya supaya tak dimakan serangga dan buah dapat membesar dan masak dengan sempurna. Fahiem seronok tengok buah pelam tu. Pokok tu pun sama tinggi ngan Fahiem je. Tak sabar rasanya nak tunggu buah masak….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *