Besday Fahiem @Yankies Hut

Setelah seminggu birthday Fahiem, barulah dapat celebrate. Tahun ni ayah pilih untuk celebrate kat Yankies Hut di Bangi. Mama belikan kek indulgence dan letak gambar Ben 10. Fahiem suka sangat dapat kek Ben 10.

Tapi malam tu Fahiem tetiba je hilang mood. Buat muncung itik. Tak nak salam ngan semua orang. Biasalah tu…nak dapat perhatian sebenarnya. Betul tak? Kalau tak, bukanla nama nya Fahiem. Tengokla aksi dia kat bawah ni.

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Darweesh. Lepas tu apalagi…makan sampai habis. Sedap makanan kat Yankies Hut. Fahiem lepas makan kek dah tak mau makan nasi. Kenyang makan gambar Ben 10.

Lepas makan kek, mood Fahiem jadi ok. Terus pergi main. Agaknya gambar Ben 10 yang Fahiem makan tu dah kasi tenaga kot kat Fahiem. Tu yang berlari-lari keriangan. Yang Fahiem paling suka malam tu sebab dapat hadiah. Terima kasih Hakiem, Abg Darweesh dan Abg Razin sebab bagi Fahiem hadiah……

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *