Citer Balik Kampung

Hujung minggu baru-baru ni kami balik kampung Tok Wan. Lama juga kami tak balik kesana. Jadi masa balik kali ni Tok Wan ajak Fahiem ronda kampung naik motor. Syok betul Fahiem.

Cuaca memang panas tapi berangin. Kalau duduk dalam rumah memang rasa berbahang. Nuha pun rimas duduk dalam rumah, apatah lagi kami yang dewasa ni. Tok Wan bawa Nuha ambil angin kat bawah rumah. Barulah lega sikit. Kalau tidak, badan memang rasa berlengas. Rasa nak mandi aje.

Cuaca panas ni bolehla Tok wan jemur buah pinang. Banyak juga buah pinang tu. Nak jual katanya. Tok Wan kata orang nak buat peluru dari buah pinang tu. Mmm..betulke buah pinang leh buat peluru ye??? Mama pun tak tahu. Nantilah mama search kat google.

Bila kami duduk sembang-sembang kat dangau bawah rumah tu, mama perasan yang pasu bunga Mak Tok semuanya dah dicat biru. Saja Tok Wan cat kasi cantik. Pastu ada lagi yang dicat biru – batang paip, basikal ngan tingkap. Rasa kelakar la plak. Rajin betul Tok Wan. Mak Tok kata dia ada komplen Tok Wan cat sume benda2 tu. Tok Wan kata “ikut suka akulah….” Hehehehe….kelakar dengar citer Mak Tok. Gaduh gaduh manja gitu…

Tengahari tu Mak Tok masak lauk kegemaran ayah Fahiem. Apa lagi kalau bukan kari ikan. Leh tengok resepinya kat sini. Kami makan bertambah-tambah. Best betul balik kampung…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *