Nuha dan G6PD

Imbas kembali 7 bulan yang lalu ketika melahirkan Nur Hadiya Nuha di Hospital Putrajaya. Nuha disahkan sebagai pembawa G6PD. Doktor beritahu bahawa keputusan untuk test G6PD Nuha adalah “Intermediate”.

Sebelum ini mama tak pernah tahu malahan tak pernah dengar pun pasal G6PD. Apa itu G6PD? Disini mama ingin berkongsi maklumat berkenaan G6PD dengan rakan blogger yang lain juga ibu bapa di luar sana. Maklumat ini mama perolehi dari Hospital Putrajaya, tempat Nuha dilahirkan.

G6PD atau Glucose 6 Phosphate Dhydrogenese adalah sejenis enzim di dalam sel darah merah. Fungsinya melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal. Kekurangan enzim ini akan menyebabkan tenaga yang dihasilkan oleh glukosa berkurangan. G6PD diwarisi oleh faktor genetik dan sering melibatkan kanak-kanak lelaki manakala kanak-kanak perempuan adalah sebagai pembawa.

Macammana nak kenalpasti G6PD daripada bayi? Semasa bersalin, sampel dari tali pusat bayi akan dihantar untuk pemeriksaan G6PD di makmal. Sekiranya didapati bayi kekurangan G6PD bayi dikehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya 10 hari. Ini bagi membolehkan pihak hospital memantau tahap darah bayi.Pemerhatian ini perlu kerana bayi boleh mendapat kuning (jaundice) dengan serta merta yang boleh menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran.

Apa yang perlu ibubapa lakukan bila anak kekurangan G6PD? Ibu bapa perlu mengelakkan anak dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah. Berikut adalah antara bahan-bahan yang perlu dielakkan :-

1. Kacang parang
2. Ubat gegat
3. Ubatan tradisional, jamu atau ubat sehseh

Ibubapa juga perlu memastikan supaya sentiasa mendapatkan nasihat dan preskripsi dari doktor/ pharmacist sebelum memberikan anak ubat. Jika anak yang kekurangan G6PD termakan makanan atau ubatan tersebut ia boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat dan akan mendapat kuning dengan serta merta. Tanda-tanda yang dialami adalah air kencing berdarah atau berwarna teh pekat, pucat dan demam.

Kekurangan G6PD adalah sepanjang hayat tetapi ia bukanlah penyakit berjangkit.

Mama harap info diatas serba sedikit boleh memberikan panduan kepada ibubapa di luar sana jika mempunyai anak yang kekurangan G6PD.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *