Selamat Menunaikan Umrah

Hari Rabu baru-baru ni (1 April 2009) kami sekeluarga pergi hantar Mak Tok dan Tok wan serta Abah sekeluarga ke KLIA. Mereka semua nak pergi umrah. Seronoknya mereka berpeluang menunaikan ibadat umrah. Bagi Mak Tok dan Tok Wan ini adalah kunjungan kali kedua ke Mekah selepas mengerjakan haji pada tahun 2004. Masa tu Mama dan Ayah baru je 4 bulan kahwin (terkenang masa tengah berdua…hehhehe)..Bagi Ibu pula ini adalah kali ke 3 selepas umrah dan haji masing-masing pada tahun 2004 dan 2005. Abah pula? Dah berkali-kali ke Mekah… (untungnya Abah…) Manakala bagi Hazzieq, Qayyiem, Nasreen dan Darweesh, inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Muda-muda lagi dah ke sana. Mereka akan berada di tanah suci selama 11 hari.

Darweeshlah orang yang paling tak sabar nak pergi umrah, cerita Abah. Hari-hari tanya bila nak kesana. Seolah-olah Mekah tu dekat je dengan Malaysia. Maklumlah baru darjah satu. Lain perasaannya dengan orang dewasa. Bagi mama pula, selama ini hanya belajar di sekolah mengenai ibadah haji dan umrah. Selain itu hanya mendengar cerita keluarga dan kawan-kawan yang telah ke sana. Mama tak dapat bayangkan bagaimana suasana di sana yang sebenarnya. Belum ada rezki mama nak pergi haji dan umrah. Mudah-mudahan Allah mudahkan lorong untuk Mama dan ahli keluarga yang lain untuk beribadah di Tanah Suci.

Kepada Mak Tok, Tok Wan dan Abah sekeluarga, selamat menunaikan umrah dan semoga ibadah diberkati Allah s.w.t

Tok Lang pun turut serta di KLIA untuk mengucapkan selamat jalan

Ketika menunggu penerbangan. Darweesh sampai tertidur. Hazzieq sempat baca Sirah Rasulullah.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *