Birthday Umi @Restoran Nelayan Titiwangsa

Bulan Februari tahun 2009 hanya ada 28 hari. Tiada tarikh 29 Februari kerana ia hanya akan muncul 4 tahun sekali. Tapi tidak bermakna mereka yang lahir pada tarikh tersebut tidak bertambah umurnya…dan tidak bermakna mereka tidak boleh menyambut harilahir mereka.

Umi atau Puan Norliza Kasah dilahirkan pada 29 Februari 1968. Umi merupakan kakak ipar ayah Fahiem (biras mama). Kalau ikutkan sebelum ni memang kami hanya dapat raikan birthday Umi pada tarikh 29 Februari tapi kerana kasihnya seorang suami terhadap isteri, tahun ini Along telah membuat surprised birthday party untuk Umi kat Restoran Nelayan Titiwangsa pada 28 Februari lepas. Jadi kami pun dapatlah tumpang sekaki makan seafood kat sana. Memang kenyanglah malam tu pasal dapat makan free…Terima kasih Along dan Umi sekeluarga….


Kek birthday Umi yang ke 41
Happy Birthday to Umi

Acara potong kek

Sesi bagi hadiah

Pasangan romantis

Tetamu-tetamu kecil yang hadir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *