Jalan-Jalan Cari Makan – Bangi

Posting kali ni ialah pasal makan-makan…Mmmmmm…sedap tau! Kat mana? Jawapannya kat Restoran Lesung Emas kat Bandar Baru Bangi. Dari Putrajaya hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai ke sini. Sebenarnya kami merancang nak breakfast tapi disebabkan masa tu dah pukul 11 kami terus je lunch kat situ. Kami adalah pelanggan pertama pada hari tersebut. Antara menu yang terdapat di restoran ialah Set Nasi Kukus dan Asam Pedas dan Set Nasi Kukus dan Ayam Kampung Goreng Berempah. Harganya pun berpatutan. Rasanya memang sedap. Sesiapa yang nak rasa asam pedas yang power bolehlah datang ke restoran ini. Dijamin nak datang lagi…..
Pemandangan dari luar restoran

Suasana dalam restoran

Set asam pedas dan ayam kampung berempah

Fahiem sedang menikmati asam pedas

4 comments

  1. HI DCHARMED.Restoran tu kat Sek 8 Bangi. Berdekatan Pusat Rawatan Az Zahra.Memang sedap asam pedasnya. Kaw kaw. Tapi restoran tu dah berubah wajah. dah takde buluh kat depan lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *