Mama suspense lagi……

Isnin 22 September/ Ramadhan.

Sebelum berbuka mama mandi. Sebaik selesai mandi tiba-tiba badan mama menggigil kesejukan sampai tercungap-cungap. Mama cepat2 ambil selimut bungkus badan dan tutup kipas untuk hilangkan sejuk. Mama call ayah (ayah pergi kedai masa tu). Sebaik saja ayah sampai rumah, badan mama masih menggigil, ayah terus bawa mama pergi hospital.

Bila buat pemeriksaan suhu badan, rupanya mama demam. Suhu 39 darjah. Mama kena masuk air 2 pain. Pemeriksaan CTG juga dibuat untuk tengok denyutan jantung baby. Jika ibu demam, kemungkinan boleh menyebabkan baby tidak aktif. Mama terpaksa buat CTG sampai 3kali. Seterusnya ambil sample darah dan urine. Doktor sekali lagi buat VE. Masih jauh katanya. Jalan masih tertutup.

Pemeriksaan pada malam tu agak lama. Lebih kurang 5 jam. Mama dibenarkan balik rumah.

Selasa 23 September/ Ramadhan.

Lebih kurang pukul 8 pagi, mama rasa sakit perut. Sakitnya seperti contraction nak bersalin. Mama bertahan dan tunggu kalau2 sakit tu kerap. Akhirnya mama dah tak boleh tahan sakit. Mama call ayah minta balik dan hantar mama ke hospital. Ayah kerja hari tu. Ayah bergegas balik dan hantar mama ke hospital.

Macam biasa, ambil tekanan darah, CTG, VE, test urine dan ambil suhu badan. Tapi kali ni CTG dibuat sebanyak 2 kali . Suhu badan mama 37.6. Kena masuk air lagi sebab doktor kata badan mama kurang air.

Selesai buat CTG kali kedua, doktor beritahu yang mama terpaksa masuk wad sebab demam. Doktor nak pantau kesihatan mama kerana disyaki mengalami jangkitan kuman yang boleh beri kesan negatif kepada ibu dan baby. Alamak…ni yang tak best ni..mama boleh bayangkan betapa boringnya duduk kat wad. Dahla kena tinggalkan Fahiem. Cian anak mama…

Mama bermalam di wad selama 2 malam. Masuk air 4 pain. Tiap-tiap pagi ambil darah. Term yang digunakan ialah FBC. Mama pun tak tau apa maksudnya. Pemeriksaan dilakukan secara kerap keatas mama seperti mengambil suhu badan, check denyutan jantung baby, check samaada wujud contraction atau tidak, dan beberapa pemeriksaan lain. Test urine juga dibuat dan didapati mama ada mengalami kencing kotor. Kencing kotor ni lah yang menyebabkan jangkitan kuman dalam badan dan menyebabkan mama rasa sakit perut seperti contraction. Doktor beritahu sakit perut yang mama alami tu sebagai irregular kerana sakit tu datang setiap setengah jam, kemudian berubah kepada setiap 10 minit, dan berubah pula kepada 5 minit dan akan berubah semula kepada setengah jam. Ini tidak dianggap sebagai contraction. Untuk mengurangkannya mama diberi antibiotik.

Akhirnya hari Khamis 25 September/ Ramadhan, mama dibenarkan keluar wad. Mama dinasihatkan supaya mengambil antibiotik sehingga habis.
Suspense betul mama, ingat sakit nak beranak dah…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *