Check up di Hospital Putrajaya

Hari Khamis pagi mama ke Hospital Putrajaya untuk check up bagi menentukan mode of delivery. Mama patient pertama yang sampai kat Klinik O&G. Mama berjumpa dengan Dr Sumita untuk consultation. Dr tanya samaada mama nak try bersalin normal kali ni. Mama hanya jawab tak tahu pasal mama tak pasti kemampuan mama kali ni. Seterusnya Dr scan perut mama untuk lihat keadaan baby. Alhamdulillah baby dalam keadaan normal dan sihat. Dr juga check scar masa lahirkan Fahiem dulu. Selepas tu Dr check plak “jalan bawah” untuk menentukan kedudukan rahim. Selepas selesai check up Dr kata mama dibenarkan untuk bersalin normal dengan syarat contraction tidak melebihi 8 jam. Kalau lebih 8 jam, mama kena ceasar. Sakit melebihi 8 jam boleh menyebabkan scar terbuka. Dr juga beritahu mama, ceasar utk kali kedua tidak semudah kali pertama. Ia agak rumit dan makan masa yang lama. Ini kerana jahitan yang pertama tu mungkin melekat-lekat. Seram jugak mama dengar. Walau apapun yang Dr katakan mama perlu bersedia untuk menghadapi kemungkinan2 yang bakal berlaku. Insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *