MGTT

Spt yang telah ditetapkan mama ke Klinik Putrajaya hari ni untuk buat MGTT. MGTT tu singkatan utk Meal Glucose Tolerance Test. Org biasa sebut minum air gula. Sampai kat klinik mama terus ke kaunter. Bagi ibu2 mengandung yang nak buat MGTT tak perlu ambil no. seperti biasa. Hanya perlu terus ke kaunter dan maklumkan kpd petugas kaunter berkenaan ujian ni. Seterusnya diberi no giliran dan terus boleh ke makmal tanpa perlu menunggu giliran dipanggil.

Seterusnya macam biasa ambil urine utk test. Pastu amik darah plak. Eeee..bila time amik darah ni hati jadi berdebar2. Takut nak tengok jarum. Dan…sampailah masanya mama kena minum glukos yang amat manis tu. Terpaksa le telan aje walaupun manisnye macam menyengat sampai kat kepala. Rasanye cukuplah lepas ni… memang kena jaga berat badan supaya tak naik berlebihan tiap2 kali check up. Serik betul minum glukos. Yuck!!!! Lepas abis minum kena rehat 2 jam tanpa mengambil sebarang bentuk makanan kecuali air masak. Aduiii…sampai terlelap la mama kat sana nak menunggu keputusan. Tepat jam 10.15 ambil urine dan darah sekali lagi. Alhamdulillah resultnye…Yellow…bermakna normal dan tiada kencing manis. Leganya. Berat mama hari ni ialah 54kg shj. Naik 700 gram dlm masa 2 minggu.

Hari ni Doktor bagi surat refer ke Hospital Putrajaya utk set appointment date. Balik dari klinik mama terus drive ke Hospital. Nurse bertugas di klinik O&G telah beri tarikh 4 September 2008 untuk jumpa Doktor. Nampaknya minggu depan baru boleh tau kaedah bersalin mama. Normal atau ceasar. Berdebar-debar rasanya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *