Al Fatihah.

Pagi ni Fahiem sekeluarga mendapat berita sedih. Baby kakak Fatin telah kembali ke Rahmatullah sebelum sempat lahir ke dunia. Baby telah disahkan meninggal didalam kandungan. Usia kandungan telah pun masuk 9 bulan dan Mak Alang dijangka bersalin hujung bulan ni. Tapi semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Baby pergi dulu buat selama-lamanya. Tak sempat bertemu kedua ibu dan bapa serta kekanda. Begitu juga ahli keluarga yang lain. Yang pasti Baby telah pun mendapat tempat di syurga. Hanya talkin dan doa mengiringi pemergian baby ke alam baqa’. Pemergian yang penuh hikmah. Segalanya telah ditetapkan. Redha atas apa yang berlaku.

Buat Mak Alang, banyakkan bersabar. Kami turut merasai kehilangan ini. Bukan mudah untuk menerima hakikat bayi yang dikandung selama 9 bulan telah pergi buat selamanya.

Mak Alang, Alang dan Kakak Fatin, takziah dari Fahiem sekeluarga. Moga roh baby dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *