Ada saje yang tak kena semalam…

Kejadian pertama
Semalam 27.09.07 mama ada seminar kat IOI Marriot Putrajaya. Janji ngan kawan-kawan nak konvoi sbb tak tau jalan. So kami pun pergi la berkonvoi. Ada 6 buah kereta semuanya. Mama memandu no. 2 dari belakang. Mula-mula perjalanan lancar. Sampai separuh jalan ada trailer panjang di hadapan. Macam low loader. Jadi kami semua overtake trailer tu kecuali sorang kawan tertinggal kat belakang mama. So mama pun drive perlahan sikit supaya kawan tu nampak. Tak lama lepas tu mama nampak signboard IOI Marriot menunjuk ke arah kiri. Mama tengok kawan-kawan bagi signal ke kiri. Ada simpang ke kiri di hadapan. So mama memang budget itulah simpang nak ke Marriot. Mama pun bagi signal dan bersedia nak masuk ke simpang tu. Bila dah dekat nak masuk simpang tiba-tiba baru perasan yang kawan2 kat depan tak masuk simpang tu. Mama terus nak ke kanan balik. Tiba-tiba….HONKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!! Trailer tadi hon. Terkejut gila mama jadinye. Tengok belakang rupanya trailer tu dah hampir ngan kereta mama. Ya Allah! Selamatkan aku…mama tekan minyak terus laju ke depan. Menggigil seluruh badan. Rasa nak nangis pun ada. Nasib baik tekan minyak..kalau tekan brek memang kena sondol dengan trailer tu…Alhamdulillah Allah telah selamatkan mama. Rupanya ada satu lagi simpang di depan. Kawan-kawan bagi signal sebab nak berada dalam lane kiri sekali.

Moral of the story:
1.Kena fokus semasa memandu. Tengok signboard betul-betul.
2.Jangan bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

Kejadian kedua
Seminar habis lebih kurang pukul 5.30 petang. So mama dgn kawan-kawan pergi bayar parking kat main lobby. Ada dua mesin bayaran. So mama bayar kat mesin yang pertama. Lepas masukkan duit, mama terus ambil balance duit dgn resit. Lepas tu terus pegi kat kawan2 kat mesin yang satu lagi. Kebetulan kawan mama tak cukup duit, so mama pinjamkanlah duit kat dia. Masa bagi duit tu terpandanglah kat seorang lelaki Cina ni. Berpakaian smart siap ngan tie. Dia pegi kat mesin yang mama gunakan tadi. Tapi dia duduk kejap je kat situ dan terus pergi. Tiba-tiba baru mama teringat mama tak ambil kad parking lagi. Mama pergi balik kat mesin tadi tengok takde plak kad tu. Dalam hati kata, dah ambil ke kad tu…Cari-cari kat dalam handbag takde. Masa tu baru perasan rupanya lelaki Cina tadi dah curi kat parking mama. Ewahhhh…senangnya dia…tak payah bayar parking. Punyalah frustnya mama. Takkan nak cari balik lelaki tu minta kad. Kalau hilang kad kena denda RM30. Mama gelabah la kejap. Dok fikir macam mana. Kawan2 semua dah kena turun kat parking sbb kena tinggalkan hotel tu dlm masa 15 minit selepas bayar parking. Mama pun pergi dekat kaunter kata yang kad parking tu tak keluar. Petugas kat kaunter tu minta no. kereta dan jenis kereta mama. Dia call Security dan minta release kan kereta bila mama keluar. Alhamdulillah…lega rasanya. Tak perlu bayar denda RM30. Kalau tak melayang duit. Dahle parking RM8. Berbahgialah orang yang curi kad parking mama tu….

Moral of the story:
1. Jangan lupa ambil kad parking selepas bayaran.
2. Buat kerja biar cermat. Jangan separuh jalan.
3. Penipuan berlaku dimana-mana.

Kejadian ketiga
Balik dari Marriot terus ambil Fahiem. Sebab sampai rumah Mama Wan dah lewat, dalam pukul 6.30. Takut tak sempat nak masak untuk berbuka. So mama pergi beli kuih tak jauh dari rumah Mama Wan. Mama dukung Fahiem. Jalan kaki dengan Mak Usu ke tempat jual kuih. Ada beberapa orang sedang membeli kuih masa tu. Bila dah sampai tempat jual kuih tu, tiba-tiba salah seorang pembeli tu terus jalan sebelah mama dan tertolak mama. Mama tak boleh control terus terlanggar batu dan hampir tersungkur ke tengah jalan. Nasib baik ada kereta Perdana parking dekat tepi jalan tu. Terus mama bertahan dekat kereta tu. Nasib baik juga Fahiem tak jatuh dan takde apa-apa. Cuma mama je rasa sakit kat hujung kaki pasal tersepak batu.

Moral of the story:
1. Jangan lalu kat belakang orang. Make sure kalau lalu tu jarak antara dia dengan kita adalah jauh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *