Juadah berbuka hari ini ialah…….



Inilah udang masak lada hitam. Sebenarnya semalam mama masak ni tapi sebab letih sangat malam tadi tak dapatlah nak post entry ni. Ni resipi main campak-campak aje. Sebab balik kerja pukul 5 so sampai umah lebihkurang pukul 5.45. Layan Fahiem kejap barulah boleh nak ke dapur. Tapi mama make sure pagi-pagi sebelum pergi kerja dah letak ikan ke apa-apa lauk yang nak dimasak kat bahagian bawah peti ais. Biasanya bila azan aje masa tulah juadah siap dimasak. Resipinya senang aje..pasal campak-campak aje apa yang ada depan mata. 😛

Bahan-bahan

Udang
Kacang buncis
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Cili besar (hiris)
Daun limau purut
Serai (titik)
Sos lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara
1. Panaskan minyak.
2. Tumis udang. Bila merah, angkat
3. Tumis bawang merah, bawang putih, serai, daun limau purut. Biar sekejap sampai
naik bau
4. Masukkan kacang buncis dan tumis sebentar
5. Masukkan sos lada hitam
6. Masukkan cili merah
7. Masukkan udang dan tumislah sampai masak

Ayah suka sangat resipi ni, alasan dia sebab sos tu dia yang beli..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *