Hampir seminggu berpuasa…

Hari ni masuk hari ke 5 umat Islam berpuasa dan malam ke 6 menunaikan solat tarawih. Bagi Fahiem tahun ni tak puasa lagi. Masih tak faham lagi apa erti puasa. Tiap-tiap hari mama beritahu kat Fahiem yang Fahiem sorang je yang tak puasa dalam rumah ni. Ayah, mama dan Mak Usu semua puasa. Mungkin bila Fahiem dah masuk usia 3 atau 4 tahun boleh mulai faham erti puasa.Hari-hari bila menanti azan Maghrib, Fahiem mesti duduk depan tv. Masa azan seperti biasa Fahiem akan duduk diam mendengar azan. Mama perhati Fahiem memang begini semenjak kecil, akan diam bila azan. Mama pasti kanak2 lain juga begitu. Yalah…itulah perkara pertama yang didengari apabila lahir dari perut ibu. Sambung cerita Fahiem dengar azan tadi, bila habis je azan Fahiem tadah tangan seolah-olah membaca doa selepas azan. Pastu sapu muka, dan senyum….pastu terus join mama, ayah dan Mak Usu buka puasa..he he.macam biasa kena layan Fahiem makan dulu baru mama boleh makan yang pedas-pedas. Kalau Ramadhan tahun lepas Fahiem tak boleh makan lagi, kali ini…amboi… makan nasi sepuasnya.. Juadah hari ni simple je..mama masak ayam paprik, sotong goreng tepung dan rebus telur masin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *