Trip to Cameron Highlands (3D 2N)





Akhirnya sampai juga Fahiem kat Cameron Highlands (CH)…Ni kali pertama Fahiem dan ayah ke sana..Mama dah kali keempat..3 kali zaman persekolahan…Teringat dulu2 g rombongan sekolah ngan kawan2…tido dalam bas aje..dah ada Fahiem baru merasa tido kat hotel kat sana…

Hmmm…sepanjang perjalanan dari Puchong Ke CH, Fahiem asyik meragam. Mungkin Fahiem tak selesa pasal selsema ngan batuk..asyik menangis aje. Tak nak tido kat atas kusyen..tapi tido kat bahu mama. Lenguh jugaklah dukung Fahiem..Masa naik bukit CH tu ari ujan. Agak bahaya memandu dalam keadaan jalan basah dan berair. Tapi Alhamdulillah sampai dgn selamatnye…

Kat CH Fahiem g melawat Kea Farm. Kat situ ada banyak produk yang berasaskan strawberi..Paling istimewa tentulah strawberi cicah coklat (favorite Datuk CT)…ada jugak strawberi kering, coklat perisa strawberi dan macam2 lagi lah…Selain itu, Fahiem g melawat Big Red Strawberry Farm, Kasimanis Strawberry Farm, Strawberry Corner dan Cameron Valley Tea Shop.

Ayah kata lepas ni tak nak pergi lagi CH sebab takut memandu naik bukit..lagi2 sebelah malam. So, kalau Fahiem nak makan strawberi CH, Fahiem pergilah dengan kawan2 bila dah besar nanti..kalau tak pun buatlah rombongan cucu-cucu Mak Tijah ke CH…naik bas..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *